Pusat Bantuan TerasBola
Panduan penggunaan TerasBola untuk kelab, penjaga dan jurulatih, mengikut peranan anda.
Selamat datang
TerasBola ialah platform pengurusan kelab bola sepak untuk Malaysia. Pusat bantuan ini untuk kelab, penjaga (ibu bapa) dan jurulatih.
Sesiapa sahaja boleh mendaftar sendiri. Buka terasbola.my, tekan "Log masuk" (Log in), kemudian pilih kad pendaftaran yang sesuai. Langkah penuh ada di Daftar akaun dan log masuk.
Pilih peranan anda
Kelab (pemilik atau pengurusan)
Daftar kelab, sediakan profil dan akaun bank, luluskan pemain, kutip yuran.
Penjaga (ibu bapa)
Daftar anak ke kelab, bayar yuran, lihat kad laporan anak.
Jurulatih
Bina profil, sertai kelab, tulis kad laporan, hantar tuntutan.
Panduan video
Semua video langkah demi langkah, disusun mengikut peranan.
Siapa buat apa
Versi teks rajah ini
- Penjaga mendaftarkan anak ke kelab. Kelab meluluskan pendaftaran.
- Kelab menghantar bil yuran kepada penjaga.
- Penjaga bayar melalui FPX (wang masuk ke TerasBola) atau bayar manual terus ke akaun kelab, dengan bukti bayaran.
- TerasBola memindahkan kutipan FPX ke akaun bank kelab setiap minggu.
- Jurulatih menulis kad laporan pemain. Penjaga melihatnya selepas diterbitkan.
- Jurulatih menghantar tuntutan kepada kelab. Kelab meluluskan dan membayarnya.
Apa yang patut saya buat dulu?
| Peranan | Mulakan di sini | Kemudian | Hasil yang anda mahu capai |
|---|---|---|---|
| Pemilik kelab | Onboarding kelab | Staf dan jemputan jurulatih, Urus pemain dan skuad | Kelab disahkan, pemain diluluskan dan berada dalam skuad |
| Pemilik atau pengurusan kelab | Kutipan bulanan | Akaun bank dan pengeluaran, Semak tuntutan jurulatih | Yuran dikutip, wang sampai ke akaun kelab, jurulatih dibayar |
| Penjaga | Daftar anak sebagai pemain | Bayar yuran, Kad laporan anak | Anak dalam skuad, yuran dibayar, perkembangan anak dipantau |
| Jurulatih | Profil jurulatih | Sertai kelab, Tulis kad laporan, Hantar tuntutan | Profil disahkan, aktif di kelab, tuntutan dibayar |
Lebih suka menonton? Setiap tugas utama ada video pendek di Panduan video.
Jika tersangkut
- Tidak boleh log masuk: lihat Log masuk gagal.
- Menu yang anda cari tiada: semak peranan dan kelab aktif anda di Pemilih peranan dan kelab.
- Masih tersangkut: Hubungi sokongan.